Cerita Yang Belum Lelap Tidur
Bertahun-tahun lamun menyusuri
Tebing-tebing duka
Seketika sang kelana itu pun
Terpegun langkahnya
Apabila sutera biru yang menutupi
Wajah putihmu menyentuh ke keningnya
Lalu membangkitkan kembali
Rindunya pada sepasang burung
Yang menyanyikan lagu riang ke dada belukar
Seperti sepasang burung itu juga
Melihat derasnya lalu mengalir
Menghanyutkan buih-buih kenangan
Puisi Baharu Melayu 1961-1986, 1990
Dewan Bahasa dan Pustaka
Karya
{Saturday, January 20, 2007 @ 7:01 PM}
Assalammualaikum semua.
Tibalah masanya untuk saya memulakan sesuatu yang baru. Saya telah menghasilkan lelaman blog saya yang berbahasa melayu agar dapat memperkuatkan bahasa saya yang lemah. Maafkan saya jikalau terdapat kesalahan bahasa dalam blog ini dan saya akan cuba sedaya upaya untuk memperkuatkan bahasa saya.
Lelaman blog saya www.believer-exphose.blogspot.com masih lagi beroperasi di mana lelaman blog tersebut akan digunakan untuk menaikkan bahan penulisan saya dalam bahasa Inggeris. Jadi jika kamu ingin berkenalan ataupun ingin lebih mengetahui saya, sila tinggalkan "tag" dalam salah satu lelaman blog saya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam...